Wednesday, September 29, 2004

layanan first class utk rumet~!

care2 nak buat roommate korang jadik giler.... Message:

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang ko dan bagitau kat roommate ko nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. unpack segala brg ko & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate ko balik, jerit sekuat hati" horee...ko dah balik". lepas tu menari dlm 5 minit. lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya ko dah belah dah skrg"

3. Setiap kali bangun tido, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliiling bilik tu. Kemudian, sambung tidor. esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan ko. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak- dah merebak"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. lepas tu cakap, "Siot betul, kalah lagi"

7. Setiap kali roommate ko balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...". bukak lampu semula.

8. pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, ko rupanya..."

9. Kata kat roommate ko "Ada pesanan penting untuk ko". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap ko dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate ko balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate ko bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate ko suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw kau perlu ajar dia cara mengosok gigi dengan betul

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate ko hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate ko.

14. Bila roommate ko tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate ko dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambi makan kacang & popcorn. Buat macam ko tengah tengok wayang.

16. Masa roommate ko xde, ambil deodorant dia. Lepas tu sapukan kat seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau > wangi. Lakukan selalu sampai deodorant tu habis.

17. Kalau roommate ko ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd ko.

18. (Khas Untuk Lelaki Sahaja) Pegang & gosok- gosok rambut roommate ko sambil berkata "Rambut ko hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Sembunyikan seluar dalam/baju dalam ko yg telah dipakai bawah bantal roommate ko. Bila dia balik, komplen yg seluar/baju dalam ko hilang. Toksah nak ngada2 pegi cari kat lain, pegi straight kat bantal dia. Lepas tu tuduh roommate ko gila seks... ahahhah..

rumet aku orait jer.. kan mett kan..?? tetap selamber walaupun aku dah wat sume.. ehehe.. korang try la pulak.. =p

RAMA-RAMA DAN CINTA LELAKI

Subject: RAMA-RAMA DAN CINTA LELAKI

Message: Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yg bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yg mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan2 ‘sampai hati’ sesama sendiri
Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Namun anda yg bernama wanita, mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki.

Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yg kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh.
Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa2 yg hilang?
Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.


Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.
Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tidak tahu diri.
Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai ‘alat’. Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.


Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api. WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN!!!

Friday, September 24, 2004

Huh..sabo..sabo...

Hmm..nampaknyer makin menjadi-jadi pulak pertukaran dan perubahan pada blog aku ni. Saboo je lah. mentang-mentanglah aku bz dgn psm dan asigmen, ade pulak org lain yg sesuka hati memporak perandakan blog aku nie.
Takpe..takper..ade ubi ada batas, gi kelas x naik bas, ada mase aku balas..
jaga kpd penghacker blog aku nie....!
.:: ACHIK YANG JAHAT::.

Wednesday, September 22, 2004

Assalamualaikum...
ermm nak cakap ape yek dgn achik nih....
memandai ajer tukar org nyer blog....
hehehe...anyway thanks for ur effort...

Byk keje nih..kene study sabtu ni ader test....
pastu kene siapkan PSM nyer bende...
Ass Management pun mcm siut ajer....nasib ader mem bg copy terus business plan...
senang keje....nak hntr hari isnin nih...
hehehe....biasa last minute....

Menjelang hari sabtu dan ahad adalah hari plg tak best...
sbb kene wat latihan lebih...utk jalan 25 KM]
terukkan kitorg nih...but dah besa...
alah bisa tegal biasa....

entahler...kepala hotak serabut ajer....
anyway kene be cool man.....

tah pe haper. lah.....


MENJANA KEHEBATAN DIRI DALAM PERGAULAN

MENJANA KEHEBATAN DIRI DALAM PERGAULAN

Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Jangan Ada Benci Di Hati

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka,memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.


Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang(walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.

Ingatlah pesanan seorang sarjana:

"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"

Kata - Kata Hikmah

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku

Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

Friday, September 17, 2004

Cerita Sedih Malaysia Punyer Hal

Antara kejayaan Zahid dengan Irma Nurzahrah

HARI ini jika ditanya 10 orang Melayu di negara ini, mungkin lima atau lebih daripada mereka kenal siapa dia Zahid, bukan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Pelancongan, tetapi Ahmad Zahid Baharuddin juara Akademi Fantasia 2(AF2).

Tetapi jika ditanya siapa anak Melayu bernama Irma Nurzahrah Junian, jangankan 10, tanya 1,000 orang Melayu pun belum tentu ada yang
mengenali beliau.

Kejuaraan Debat Universiti Dunia yang diadakan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura awal tahun ini disertai lebih 1,000 peserta daripada lebih 100 universiti termasuk Malaysia.

Irma Nurzahrah, 22, dari Malaysia dinobatkan pemidato terbaik dunia apabila beliau mengalahkan peserta dari Universiti British Columbia dan Universiti Alberta, Kanada pada peringkat akhir.

Tetapi sayangnya, orang kita mungkin kurang tahu hal ini kerana kurang atau tiada liputan media mengenainya.

Inilah manifestasi kemelut minda orang Melayu yang seolah-olah tidak tahu lagi membezakan antara kaca dengan permata. Ia bukan saja menjangkiti orang Melayu kebanyakan bahkan kelas atasan seperti ahli korporat, pemimpin dan cerdik pandai turut dijangkiti 'wabak' ini walaupun bukan semua.

Budaya mengidolakan artis atau berhibur semakin menjadi-jadi dewasa ini bahkan ada kalanya sehingga pada tahap melampau.Jika tiada hiburan majlis, program, sambutan dan apa saja peristiwa seakan-akan tidak sempurna.

Daripada program amal sehinggalah ke program motivasi pelajar sekolah, artis mendapat tempat amat istimewa pada mata penganjur. Mungkin inilah puncanya sehingga ulama terpaksa bersuara agak nyaring sehingga menusuk gegendang telinga banyak pihak yang mendengar.

Hatta, pada Muktamar Pas, baru-baru ini turut dilaporkan ada cadangan daripada ahli sayap Wanita parti itu yang bercadang ingin mengguna pakai pendekatan berkonsert bagi menarik minat lebih ramai orang muda terhadap parti itu, walaupun kononnya dengan pendekatan yang lebih Islamik.

Soalnya, kenapa mesti hiburan?

Untuk 'perjuangan' 10 minggu, artis seperti Zahid di AF2, Melayu sanggup menitiskan air mata, berbelanja sehingga RM7.5 juta untuk khidmat pesanan ringkas (SMS), demam panas, membuang masa berjam-jam menonton televisyen serta mengadakan majlis sambutan dan penghargaan untuknya setelah beliau dinobatkan sebagai
juara.

Kebetulan hampir semua universiti baru saja selesai mengadakan majlis konvokesyen masing-masing. Tetapi bagi pelajar Melayu yang lulus cemerlang selepas berhempas pulas bertahun-tahun memerah otak untuk memakai jubah dan menerima ijazah pada majlis konvokesyen, ada sesiapa yang menangis selain ibu bapa mereka atau membuat sambutan bagi menghargai usaha dan kejayaan mereka kerana mereka anak kelahiran tempat atau daerah tertentu?

Apakah usaha Zahid seorang sehingga berjaya menyarung jubah 'konvokesyen' AF2 setanding usaha seorang pelajar Melayu yang berjaya menamatkan pengajian walaupun cacat penglihatan?

Apa hebatnya Zahid yang berjaya mengalahkan peserta dari negeri lain dengan mendendangkan lagu Biarkan Bulan Bicara dan Milikku berbanding Irma Nurzahrah dan rakannya Raihan Ismail yang berjaya ke peringkat akhir debat dunia kategori bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua membahaskan tajuk That Japan Should Involve In Peacekeeping In Foreign Land mengalahkan peserta dari negara lain?

Nampaknya menyarung jubah AF dan menerima hadiah daripada Ramli MS lebih mahal pada mata kebanyakan orang Melayu daripada menyarung jubah konvokesyen dan menerima segulung ijazah daripada canselor atau rektor universiti.

Apa sudah jadi?

Sindrom berhibur melampau ini sebenarnya menampakkan kecetekan jiwa dan minda bangsa Melayu yang sejak sekian lama sememangnya berkrisis.

Kemelut minda orang Melayu telah lama menjadi topik dan tema pelbagai
perbincangan, tulisan dan seminar inisiatif cerdik pandai dan pemimpin Melayu.

Namun, hingga kini ia masih sukar untuk dirungkai.Salah siapa? Mereka yang berbincang, menulis atau berseminar atau mereka yang malas berfikir.

Berhibur tidak salah jika kena pada tempat dan caranya. Tetapi berhibur semata-mata bukanlah cara bangsa yang merdeka.Hidup penuh hiburan adalah simptom kejatuhan dan keruntuhan sesuatu tamadun.

Barat berdiri megah kerana maju. Malangnya jiwa bangsa mereka tempang kerana hedonisme menjadi sebahagian budaya hidup mereka. Tamadun yang mereka bina sebenarnya menuju kelam.

Allah swt tidak melarang manusia berhibur mengikut lunas petunjuk-Nya, tetapi Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. Jika kita dambakan kejayaan duniawi dan ukhrawi maka hendaklah menjadi hamba kepada ilmu dan bukannya menjadi abdi kepada hiburan.

Orang Melayu di negara ini memikul dwi amanah yang cukup besar sifatnya.Sebagai khalifah mentadbir alam ini daripada manusia pertama bernama Adam as, dan sebagai pewaris kedaulatan tanah tumpah darah ini daripada pejuang kemerdekaan
silam.

Pada 31 Ogos, genap 47 tahun kita merdeka daripada penjajahan imperialis. Kita seronok kibarkan bendera dan laungkan merdeka,tetapi mungkin tiada yang menitiskan air mata menginsafi pengertian,keperitan dan pengorbanan di sebalik erti sebuah kemerdekaan melainkan mereka yang terbabit melakar sejarah
itu.



Tetapi yang menghairankan apakah alasan orang kita menangis melihat idola
mereka 'terkorban' dalam AF dan rancangan seumpamanya. Jangan sampai kita
menang sorak, tanah tergadai kerana kita memang telah banyak bersorak
untuk perkara yang tidak berfaedah.


Maka, jika selepas ini ada sesiapa yang bertanya Irma Nurzahrah itu anak siapa, kelahiran mana dan belajar di universiti mana untuk memberi penghargaan kepadanya, terserahlah kepada orang Melayu sendiri untuk mencari jawapannya, jika masih ada yang sudi.


MUHAMAD KHAIRIL
Batu Caves, Selangor.

What Makes you Different (makes you beautiful)

Co-written & produced by Howie Dorough


You don't run with a crowd
You go your own way
You don't play after dark
You light up my day
Got your own kind of style
That sets you apart

Baby, that's why you captured my heart
I know sometimes you feel like you don't fit in
And this world doesn't know what you have within
When I look at you,
I see something rare
A rose that can go anywhere (go anywhere)
And there's no one
I know that can compare
CHORUS
What makes you different, makes you beautiful
What's there inside you, shines through to me
In your eyes I see, all the love
I'll ever need
You're all I need, oh girl
What makes you different, makes you beautiful to me
Hey, yeah
You got something so real
You touched me so deep (touched me so deep)
Say material things
Don't matter to me
So come as you are
You've got nothing to prove
You won me with all that you do
And I want to take this chance to say to you
CHORUS Repeat
You don't know how you touched my life
Oh in so many ways I just can't describe
You taught me what love is supposed to be
You saw the little things that make you beautiful to me (so beautiful)
What makes you...
Chorus Repeat
Everything you do is beautiful (so beautiful)
Love you give shines right through me (shines right through me)
Everything you do is beautiful (oh)
You're beautiful to me (to me)

rahsia sang suami

SUE tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka . Sudah 20 puluh tahun kotak hitam itu disitu satu hari ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu .

Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya " kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? " suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab " sayang , setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan " .

Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya. Kemudian sue bertanya lagi : " tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ? " dengan suara terketar-keta r suaminya menjawab, "setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ ".

kelakar tak!!!!hahahhaha

lawak pegi memancing

Pada suatu hari ahmad dan rakan karibnya, hassan, pergi mancing kat sungai.

Dalam bosan2 menunggu ikan, ahmad berkata, ahmad: aku ada satu cerita.

hassan: cerita ape?
ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
hassan: yela...

ahmad pun memulakan ceritanya...

ahmad :satu hari aku pergi memburu.
hassan : memburu.
ahmad : aku masuk kedalam hutan.
hassan : hutan.
ahmad : tiba2 aku rasa nak terberak.
hassan : berak.
ahmad : aku berlari ke semak.
hassan :semak. ahmad : aku pun berak.
hassan : berak. ahmad : satu hari aku pergi memburu lagi.
hassan : lagi.
ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
hassan : dulu.
ahmad : aku lihat tahi aku suda tak ada.
hassan : ada.
ahmad : aku pun tertanya2.
hassan : tanya.
ahmad : siapa makan tahi aku?
hassan : aku....


Sekian terima kaseh....
ehehe kelakar tak......
ermmmm

Thursday, September 16, 2004

catatan aku....

mcm ibnu battutah lak tulis mcm tu topik....
pelayar Islam yang agung
hehehe teringin gak nak jadi mcm ulamak2 zaman silam..
ketabahn diorg menempuh onak duri...
walau di seksa iman tetap di teguhkan.....
tapi aku tidak layak Ya Allah
sukar bagiku mencapai taraf seperti itu....
rasa diri ini terlalu kurang....

ni baru tak siap ass dah bising...tah pe hape kan....
heheh ditujukan buat diri aku yg pemalas....
tensyen ader geram pon ader...
mcm2 ler....

papehal hidup perlu di teruskan...

Wednesday, September 15, 2004

Guru dan anak muridnya

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

Si guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.

Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya.

Tuesday, September 14, 2004

web site utk rujukan aku....Visual Basic

www.vbcode.com
www.codeguru.com/vb
www.programmersheaven.com
www.vbtutor.net/vtutor.html

hari ini....

semalam aku adalah aku...aku tetap aku....
hari ni aku tetap menjadi aku..entahler ape yang aku tuliss nih......
Isnin yang teruk...
aku menyiapkan ass yg telah tertangguh sejak awl sem yg lepas....
mlm tu plak aku di beri peluang menukar pakaian...
ala biasa lah sbg seorg anggota aatm kami layak menukar setiap pakaian yang kami pakai....
heheheh...bdk awm tak dapat peluang ini....hehehhehhe
Alhamdulillah....

pastu masa aku dah byk terbuang ini.....psm entah kemana...nak wat draft pun tak reti...
entah ler.....simple thing..
i'll try my best...for my parent ....jgn risau anakmu ini akan mengthabiskan pengajiannya ontime..insyaAllah.....
mak ayah doakan ler saja anakandamu ini......semoga tak leka di Universiti
takut ader .....keadang boring pun ader ...mcm2 ler....

aku berazam untuk belaja sungguh2.....

.....::Too Phat - Alhamdulillah (Malay Version)::...

Semangat Jihad....
........::Too Phat - Alhamdulillah (Malay Version)::.............

Dian Sastro:
Disaat waktu berhenti...kosongdimensi membutakan mata,memekakkan telingalalu diri menjadi hampasaat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri
Yassin:ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Malique:
Merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esaku menilai kehidupan dari sudut berbezatak memadai hanya kecapi rasa selesamaukan harta yang mampu beli 1 semestaberpesta ke pagi botol bergelimpangankekasih muda bukan takat berpegang tanganharta dan jamuan nafsu tidak berkekalanbila menjelang tua bukan itu jadi bekalandan jangan puisi ini disalah tafsir pulabukan berkhutbah cuma betuli diri juaingin hidup sempurna aset nilai berjuta,saling tukar wanita,senyum dan mati tuabakat dikurnia jangan disalah gunajangan kufur nikmat yang diberi percumaguna kelebihan untuk hikmah bersamajagalah nama hidup penuh pementasan dan dramaada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kayasebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mataucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besartetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow:
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilahentah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinyaharapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hibaku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapantabah bila dihalangan duri onak dan cobaanteguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuansentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnyaku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisisementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hatimencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga sarananalhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini
Ahli Fiqir:
Aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyiaku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hatiaku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumigunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatanagar dapat ku hindarkan segala kesesatanusah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,aku yang hodoh lagi hina amat benar merinduimoga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi dirimoga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakanglidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalananku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

Dian Sastro:
Sujudku pun takkan memuaskan inginku'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbuadapun kusembahkan syukur padamu ya Allahuntuk nama,harta dan keluarga yang mencintadan perjalanan yang sejauh ini tertempaalhamdulillah pilihan dan kesempatanyang membuat hamba mengerti lebih baik makna dirisemua lebih berarti akan mudah dihayatiAlhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

Buatmu wanita solehah

4 perkara jika ditemui ,maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan dunia dan kebaikan akhirat; hati yang bersyukur,lidah yang berzikir,tubuh badan yang sabar apabila ditimpa musibah dan isteri yang tidak menyebabkan dosa atas dirinya dan hartanya ."Riwayat al-Tabari
"Dunia adalah perhiasan.Sebaik-baik perhiasannya adalah wanita solehah."Riwayat Muslim.

"Tidaklah ada yang lebih baik –selepas taqwa kepada Allah s.w.t.-bagi seseorang itu daripada isteri yang solehah :Sekiranya diperintah dia menta'atinya,sekiranya dipandang dia menggembirakan,sekiranya dia bersumpah atasnya maka dia akan membenarkannya dan sekiranya dia tiada maka isternya itu akan menjaga dirinya dan juga hartanya. " Riwayat Ibn Majah.

"3 perkara kebahagiaan dan kecelakaan bagi anak Adam ; Kebahagiaan anak Adam adalah wanita yang solehah,tempat tinggal yang soleh dan kenderaan yang soleh.(Manakala)kecelakaan anak Adam adalah wanita yang jahat ,tempat tinggal yang jahat dan kenderaan yang jahat."Riwayat Ahmad.

"3 kebahagiaan :Wanita solehah,(ketika)kamu melihatnya dia menggembirakanmu,(ketika) kamu tiada dia menjaga dirinya dan hartamu...3 kecelakaan :Wanita apabila kamu melihatnya tidak menyenangkan hati dan membantahmu dengan lidahnya serta sekiranya engkau tiada dia tidak menjaga dirinya dan hartamu..."Riwayat al-Tabrani,al-Barraz & al-Hakim.

"Sesiapa yang direzekikan Allah wanita yang solehah maka sesungguhnya Allah telah menolong sebahagian dari agamanya dan bertaqwalah kepada Allah sebagai memenuhi sebahagian yang berbaki."Riwayat al-Tabrani & al-Hakim.

Tuesday, September 07, 2004

Todays.....

todays....i meet my psm lect...
she told me that last presentation....she look me very nervous...
emm i dont know to say....
i feel like normal jer....
may be that is her opinion aboyut my presentation....
i must be more prepared for next time....

last ly i need to finish the sschedule for this semester....
if i want to past...
I need to start my psm from now....
experience from other mem and senior need to take serious.....
we need to take PSM as a serious thing.....
okies i thin thats all for now...
bye

PengajAran ....

Message: Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah dia datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta. sebagai balasan. Nantikan sahaiaia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit sahaja untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan kuntuman senyuman untuk mencerahkan hariyang suram. Carilah seseorang yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Minpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.


Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, Mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna. sehingga. anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Jadilah insan yang betul supaya, apabila. kita menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana, untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang, tanda peringatan andapada mereka.[salam sayang dariku someone U Know....]

Monday, September 06, 2004

presentation hari ini...

presentation..
wah hari nih aku gabra gaks ...ader presentation kt fak...
aku kene present act..tak tau arr mcmner...
dah le dlm bahasa inggeris....
dah le tak practice...mcmner nak amalkan practice make pefect....
we need to study english well...ill try my best.....
cause of this subject dont have a final...so i need to make sure ill pass thge subject....
am i right....
hahahaha
i ll try use english in my blog stat today....
english is important...thats why im using english


activity today....
actuallly i need to stat my psm today.....
but because of lazy....
i dont do anything right now...
yaAllah plss help me.....
whats wrongwith me....
im really become lazy now....
ya Allah give me power....to up again my spirit....
may b im miss some one today....

i think thats all for now...
practice make perfect....

Sunday, September 05, 2004

Assalamualaikum...

Assalamualaikum semua....
hai lama jugak aku tak jenguk blog aku yanfg hampeh ini....
aku skrg sibuk menyiapkan assignment yang telah lama aku tangguhkan dr awal sem hari itu,...
memang best klu kita bekerja tangguh...
sbb ia akan menjamin kejayaan...bvetul tak...
penat woo klu wat keje bertangguh nih....
tak baik.....klu nak jadi pelajar cemerlang mesti wat keje awl...itu azamku sempena perayaan merdeka ini....InsyaAllah...

aktiviti hari ini....
pagi td aku g dengar ceramah mubaligh....
sedap gak dengar ceramah dari pengarah executive saba media...
menceritakan detik - detik beliau menganut Islam...
Umat Islam pada hari ini berbeza dgn umat Islam terdahulu....
kebangkitan Islam yang di jangkakan berlaku jua tidak berlaku....
Beliau sedih bile melihat umat Islam pada hari ini....
Beliau menganut Islam pun di Sbbkan merasa wujudnya kebenaran.....
pada ceramah tersebut beliau juga menyatakan beliau tertarik dgn Islam di sbb kan oleh 3 perkara pokok.....
a; Konsep ketuhanan Dalam Islam....mengakui Allah itu satu tiada yang lain melainkan Allah....
b; Perbandinagan agama yang di buat oleh beliau...beliau cuba mencari kesamaan dlm setiap agama....
c; Fakta-fakta sains dalam Islam....byk fakta2 sains telah tertulis di dalam AL quran....membuktikan kebenaran ajaran ini.....

Banyak persoalan yang di kupas oleh beliau .....antara persoalan tersebut ialah:
1. Tujuan lahir ke dunia ini...Sbg Hamba Allah ...Sbg Khalifah dalam memakmurkan Bumi...
2. Siapa Saya...
3. Mengapa saya lahir ke dunia...
4. tanggungjawab sebagai umat Islam....

Beliau juga menyatakan bahawa setiapa manusia yang masuk Islam adalah kembali ke agama fitrah..sesungguhnya manusia di lahirkan fitrah...hanya ibu bapa yang membentuknya samada menjadi nasrani yahudi atau Islam..

ermm rugi rasanya klu korang tak dtg ...sbb byk ilmu di curahkan oleh ust.2 kat situ....
aku rasa cukup dulu di sini....
tak larat nak type dah...
ok byeee...

wassalam...